Datuk Seri Anwar Ibrahim kini perlu menerima satu hakikat yang nyata: Pakatan Harapan telah mengalami kekalahan yang sangat teruk, boleh dikatakan seolah-olah kekalahan menyeluruh.
Jika kita lihat kedudukan hari ini, negeri yang masih berada di bawah pentadbiran Pakatan Harapan hanyalah Selangor, Pulau Pinang dan Perak. Namun begitu, perlu diingat bahawa di Perak pun, PH terpaksa bekerjasama dan bergabung dengan UMNO untuk mengekalkan kuasa. Jadi, jika kita bercakap tentang negeri yang benar-benar dipegang secara kukuh dan sepenuhnya oleh Pakatan Harapan sendiri, tanpa bergantung kepada pihak lain, sebenarnya tinggal hanya dua negeri sahaja: Selangor dan Pulau Pinang.
Justeru itu, pihak Pakatan Harapan wajib memandang perkara ini dengan sangat serius. Boleh dikatakan mandat yang pernah diberikan rakyat kepada mereka kini sudah ditolak. Atas sebab ini, pimpinan PH perlu duduk berbincang dengan semua parti komponen, dan mempertimbangkan untuk mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) lebih awal. Serahkan semula mandat itu kepada rakyat dengan segera.
Jika ditangguhkan lagi, masalah ini pasti akan berantai dan tidak akan berhenti setakat ini sahaja. Keadaan ini tidak akan terhenti di Johor dan Negeri Sembilan; ia akan menyusul ke Melaka, dan selepas itu akan ada lagi negeri-negeri lain yang terlibat. Jangan tunggu sehingga keadaan menjadi lebih rumit, serahkanlah pilihan itu kembali kepada rakyat untuk membuat keputusan yang sebenar.
Zahid Hamidi semalam pun dah terang-terangan memberitahu, gelombang biru dan biru pekat akan terus bekerjasama di Melaka. Dah cukup jelas dan nyata kelihatan. Boleh dikatakan luka lama belum sembuh, malah kini terguris lagi luka yang baharu.
Rakyat bukan lagi bisik-bisik, mereka sudah menjerit melalui undi dan keadaan ini. Jangan menutup mata lagi, dengarlah suara mereka sebelum terlambat.
Datuk Seri Anwar Ibrahim kini perlu menerima satu hakikat yang nyata: Pakatan Harapan telah mengalami kekalahan yang sangat teruk, boleh dikatakan seolah-olah kekalahan menyeluruh.

No comments:
Post a Comment