DENGAR KATA ADA YANG KUMPUL SD?

 


Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim menjelaskan ketidakhadiran beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), termasuk Datuk Seri Jalaluddin Alias, pada Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar hari ini tidak seharusnya ditafsirkan secara negatif.







Mengulas perkara itu, Ismail berkata kemungkinan mereka mempunyai urusan lain memandangkan jemputan rasmi hanya dihantar pada awal pagi.


“Ada hal lah tu. Saya pun hari ini tidur pun tak cukup lagi. Jemputan dibuat oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri. Jemput semua.


“Cuma mungkin notisnya agak pendek. Jemputan pula dihantar sekitar pukul 4 pagi, jadi pagi ini mungkin sudah ada komitmen lain,” katanya kepada pemberita selepas istiadat di Istana Besar Seri Menanti.


Terdahulu, beberapa kerusi yang dikhaskan untuk ADUN didapati kosong, termasuk milik ADUN Pertang, Datuk Seri Jalaluddin Alias dan ADUN Lenggeng, Datuk Mohd Asna Amin.


Keadaan itu mencetuskan pelbagai spekulasi di media sosial, lebih-lebih lagi kedua-dua mereka sebelum ini disebut-sebut sebagai antara calon yang berpotensi dilantik sebagai Menteri Besar.


Bagaimanapun, Ismail menegaskan semua ADUN telah dijemput oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan percaya ketidakhadiran mereka adalah disebabkan komitmen lain, bukannya isu berkaitan pelantikan Menteri Besar.


#unofficialinfo





No comments: