MB HENTAM BALIK.. NAYA PENDUDUK

Tiba-tiba syarikat kata tak pandai buat loji air ? Takkan syarikat yang tak reti buat air boleh di-award projek LRA ? 🤦🏻‍♂️ Masa tender, semuanya boleh. Bila dah masuk tapak, bagi alasan kos tak realistik, tak ada kepakaran dan kemudian nak lepas tangan. Selepas beberapa kali saya kongsi video seperti ini kepada semua, ada yang tak berapa selesa dengan pendakatan saya begini di tapak. Saya pohon maaf tapi kita tak boleh biar keadaan seperti ini berlarutan. Saya memilih pendekatan yang lebih radikal, sebagai pengajaran kepada diri saya dan semua. Dari dulu lagi saya melihat banyak kelemahan seperti ini dalam pengurusan projek-projek besar Kerajaan. Kerana cuai dan kurang akauntabiliti, habis wang pembayar cukai hangus. Saya Menteri Ekonomi yang mengurus agihan perbelanjaan pembangunan (DE) di seluruh negara. Kami bergelut untuk pastikan dana perbelanjaan pembangunan diagih seadil-adilnya dengan memenuhi pelbagai keperluan di seluruh negara. Negara perlu ada lebih banyak sekolah, hospital dan macam-macam keperluan. Jika kaedah pengurusan projek pembangunan masih lagi di takuk sedia ada, banyak mana pun khazanah negara - intan dan berlian setinggi gunung pun belum tentu cukup kerana ada kebocoran seperti ini. Untuk konteks LRA ini juga bukan sebab semata soal duit rakyat, duit pembayar cukai tetapi juga nasib bekalan air asas orang Kedah. Walaupun keadaan tegang di tapak, jauh di sudut hati saya, kita mahu projek ini siap. Saya rayu Kerajaan Negeri fokus memulihkan projek LRA Bukit Selambau sehingga siap sementara masa masih ada. Jangan dibiarkan sehingga terbengkalai seperti LRA Sungai Limau. Manfaat itu akhirnya untuk orang Kedah.

No comments: