Jamzuri Ardani
Setelah mentelaah RCI dengan lebih lanjut pagi ni, apa yang saya boleh rumuskan punca masalah TH adalah dari pelaburan bermasalah dalam syarikat syarikat yang dalam gambar dibawah.
Yang paling menarik minat saya adalah pembelian saham IPO FGV yang menjadi paku besar yang merosakkan lembaran imbangan (balance sheet) TH.
TH telah membeli saham FGV pada harga kemuncak (RM4.55–RM5.01) membabitkan dana RM1.3 bilion.
Apabila harga saham FGV jatuh melebihi 80%, TH tidak boleh atau tidak berani menjualnya (cut loss) kerana kerugian tidak nyata (unrealised loss) mencecah RM1 bilion.
Kerugian yang sangat besar daripada pelaburan seperti FGV ini menyebabkan TH tertekan. Demi mengekalkan bayaran hibah/dividen yang tinggi kepada pendeposit, mereka mula menggunakan kaedah "creative accounting" untuk mengelakkan ianya dihidu umum.
Felda juga mengalami kejatuhan dan kerugian hampir RM4.9bilion apabila FGV disenaraikan dibursa saham.
Pada tahun 2011 Felda berada dalam kedudukan kewangan yang sangat kukuh dengan simpanan tunai bernilai RM2.5 bilion dan hampir tiada hutang.
Selepas Penyenaraian FGV 2018..Kedudukan kewangan Felda terbalik sepenuhnya apabila merekodkan hutang gergasi sebanyak RM10.7 bilion, manakala simpanan tunai merosot tajam kepada hanya sekitar RM400 juta.
Saya menyokong saranan RCI supaya siasatan audit forensik dilakukan ke atas semua pelaburan TH yang dinamakan dalam RCI tersebut.
Distulah punca kerugian TH.. dan saya yakin disitu jugalah siasatan akan menemui lembaga hitam yang menyorok dibelakangnya.
Terima kasih UJSB dan DR Mujahid kerana sempat menyelamatkan TH dari terus rosak.
Wallahualam.




No comments:
Post a Comment