ISU PERAM .PEGUAM MOHON MAAF.

 

Iswardy Morni



EDISI KANTOI : Akhirnya lawyer Faizal Rahman mohon maaf kepada  Anwar Ibrahim . Nak tau sebab apa? Baca tulisan beliau. Sebab tu Faizal lain kali baca fakta betul2. Harap ceplos tembak Faizal pasal isu ni.


#janganjadipembaris



Mengambil iktibar dari LOD yang diterima Tuan Ibrahim Tuan Man daripada Anwar Ibrahim, maka pada hari Jumaat penghulu segala hari ini, saya dengan rendah diri menyusun 10 jari mengemukakan NOTIS PERMOHONAN MAAF ini kepada semua rakyat Malaysia khususnya penyokong-penyokong PKR/PH berhubung kenyataan-kenyataan saya sebelum ini di media sosial; secara khusus berkenaan kenyataan saya “Laporan RCI Tabung Haji telah diperam selama Tiga (3) tahun”. 


Saya mengambil masa untuk meneliti hal tersebut & saya sedar bahawa Laporan RCI itu BUKAN DIPERAM selama 3 TAHUN, tetapi rupa-rupanya ia DIPERAM SELAMA EMPAT (4) TAHUN!


Laporan RCI itu (sebenarnya) telah disempurnakan pada 19 Julai 2022 & dipersembahkan kepada Baginda YDPA pada 30 Ogos 2022. 


Sekali lagi saya ulangi & perbetulkan kenyataan saya sebelum-sebelum ini seperti berikut: LAPORAN RCI TH TIDAK DIPERAM SELAMA TIGA (3) TAHUN, TETAPI TELAH DIPERAM SELAMA EMPAT (4) TAHUN!!!!

 

Ya, EMPAT (4) TAHUN. 

DIPERAM SELAMA EMPAT(4) TAHUN. 


Di sini saya ingin menyatakan kekesalan & memohon kemaafan di atas kekhilafan saya tersebut yang mana saya hanya sedar akan kekhilafan itu setelah saya meneliti Laporan penuh RCI Tabung Haji tersebut. 


Sekian,


Terima kasih. 


Faizal Rahman

31 Julai 2026




No comments: