UNDI LAH OAKATAN HARAPAN

 


Norman Daud



Ilham centre menjangkakan PH akan ranap dilanda gelombang BN PAS esok.





Saya tak terkejut pun.. saya dah banyak kali cakap naratif "Tolak DAP" terlalu efisen dalam mempengaruhi undi Melayu terutama golongan muda.


Naratif DAP menguasai kerajaan ini memang akan menakutkan bagi sesiapa yang tidak melihat dengan mata burung dan memilih melihat dari bawah tempurung.


Contoh mudah, naratif macam dalam gambar tu.


Mereka membuat infograik yang melihatkan betapa DAP lebih banyak kerusi berbanding PKR dan Amanah dalam PH.


Kalau lihat dengan mata kasar.. memang akan nampak.. uiii bahaya ni.. DAP menguasai PH.


Tapi realitinya, DAP cuma bertanding 55 kerusi parlimen tapi mereka menang 40 kerusi dari 55 kerusi parlimen tu.


DAP juga hanya bertanding di kawasan yang memang ada ramai Pengundi cina aka kawasan bandar lah.


PKR dan Amanah bertanding 127 kerusi campuran dan majoriti melayu tapi hanya menang 39 kerusi parlimen sahaja.


Jadi siapa yang sebenarnya lebih mendapat kerusi bertanding? PKR dan Amanah lah. 


Tapi disebabkan Amanah dan PKR bukanlah parti melayu terbesar maka mereka kalah pada UMNO dan PN dikebanyakkan parlimen majoriti melayu.


DAP pula sebaliknya, MCA ,MIC dan GERAKAN tak mampu langsung nak menggugat pengaruh DAP walaupun 3 parti itu bergabung sekalipun.ini menjadikan DAP unggul di kawasan mereka.


Sebab itu, apabila orang melihat jumlah kerusi yang dimenangi DAP tanpa melihat jumlah kerusi yang ditandingi serta demografi kawasan tersebut, mereka mudah terpengaruh dengan naratif bahawa DAP menguasai PH. 


Hakikatnya, angka itu lebih mencerminkan kadar kemenangan yang tinggi di kawasan sasaran mereka, bukannya kerana DAP bertanding paling banyak kerusi atau menguasai gabungan tersebut.


Apa pun Ramalan tetap ramalan.


Ia boleh digunakan sebagai satu indikator tapi pertarungan dilapangan mempunyai banyak faktor lain yang akan mempengaruhi undi


Saya menjangkakan PRN Negeri sembilan ini akan sengit 50-50. 


Keputusan PRN ini juga akan menjadi satu pentunjuk setakat mana pengundi melayu meletakkan integriti dan prestasi sebagai keutamaan berbanding naratif perkauman.


Semoga pengundi di Negeri Sembilan akan membuat satu keputusan yang bijak esok.


Undilah Pakatan Hafapan.




No comments: