KES SAMAN FITNAH TERHADAP KP BENGGONG DAH BERJALAN.KIOK..

 Prosiding saman fitnah yang saya failkan terhadap defendan, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, akhirnya bermula semalam di Mahkamah Tinggi Melaka.













Perbicaraan ini dipengerusikan oleh Yang Arif Tuan Isa Aziz Ibrahim.


Datuk Sankara Nair dan pasukan peguamnya mewakili saya dalam prosiding saman ini.


Kami telah memanggil Encik Vinod Gangatharan, Penolong Editor Kanan Malaysiakini, dan Tuan Haji Khalid Abdul Samad, mantan Menteri Wilayah Persekutuan dan mantan Ahli Parlimen Shah Alam, sebagai saksi saya.


Saya amat menghargai kesudian Khalid Samad  datang dari Port Dickson untuk memberi keterangan di mahkamah.


Dalam keterangannya, beliau menyatakan bahawa pandangan saya mengenai cadangan pelaksanaan mewajibkan sijil halal bagi restoran yang tidak menghidangkan babi dan alkohol adalah tanggungjawab saya sebagai Ahli Parlimen untuk menyuarakan kebimbangan rakyat.


Selepas itu, saya diperiksa balas ("cross-examined") oleh peguam pihak defendan.


Saya amat berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan daripada DAP Melaka, seperti YB Khoo Poay Tiong (邱培栋) (Ahli Parlimen Kota Melaka), YB Kerk Chee Yee 郭子毅 (ADUN Ayer Keroh), YB Allex Seah谢守钦 (ADUN Kesidang), YB Low Chee Leong 劉誌俍 (ADUN Kota Laksamana) dan YB Leng Chau Yen 林朝雁 (ADUN Bandar Hilir), terutamanya YB Khoo Poay Tiong dan YB Allex Seah yang setia berada di mahkamah sehingga perbicaraan tamat.


Hari ini,  pemeriksaan balas oleh peguam Akmal Saleh terhadap saya akan diteruskan. Selepas itu, sampainya giliran Akmal Saleh untuk memberi keterangan di mahkamah.


Sekiranya anda ingin baca latar belakang kes ini, kenyataan akhbar asal saya berkenaan pensijilan halal terhadap semua kedai makanan yang tidak menghidangkan daging babi dan alkohol yang menjadi pencetus kepada kontroversi ini:


1. Artikel asal: https://teresakok.my/?p=26500


2. Artikel penjelasan: https://teresakok.my/?p=26492


3. Artikel berkaitan: https://teresakok.my/?p=26520


#teresakok

#PensijilanHalal






No comments: