Norman Daud
Si Eric See-To - Lim Sian See yang kata Lim guan eng adalah penyelamat TH tempoh hari
Saya tidak bersetuju kenyataan itu.
Yang berusaha menyelamatkan TH dari terus menangung kerugian adalah Dr Mujahid Yusof Rawa menteri Agama pada ketika itu bersama sama kaki tangan TH itu sendiri.
Ya.. lim guam eng adalah menteri kewangan ketika itu dan beliau hanya meluluskan penerbitan sukuk bagi mem bail out aset bermasalah TH hanya setelah mendapat green light oleh jemaah menteri.
Itu satu hal yang kita juga kena perbetulkan.. selagi tak betulkan naratif tu selagi tu lah naratif jual aset ke cina akan dimainkan oleh lawan.
Kenyataan pengerusi TH malam tadi juga agak mengelirukan. Penggunaan frasa "jual" agak kurang sesuai dan boleh menimbul salah faham dikalangan rakyat.
Seperti yang tertulis didalam laporan RCI TH, nilai aset TH pada masa itu kurang berbanding liabiliti sekaligus menyebabkan TH tidak layak memberi hibah kepada pendeposit.
Bagi memastikan TH terus berfungsi sebagaimana sepatutnya, kerajaan telah mewujudkan satu Syarikat SPV bagi memindahkan aset aset bermasalah itu supaya penyata kewangan TH kembali mencatatkan keuntungan sekaligus melayakkan TH membayar hibah.
Nilai Kos Asal Aset TH ketima itu diantara RM19.90 bilion. Sebelum pemindahan aset itu dilakukan Nilai Pasaran Sebenar Aset Hanya RM9.73 bilion.
Jadi Jumlah Rosot Nilai / Kerugian adalah RM10.17 bilion.
Jika Kerajaan/SPV mengambil alih aset mengikut nilai pasaran (RM9.73 bilion), TH terpaksa mengiktiraf kerugian tunai/impairment loss RM10.2 bilion pada tahun 2018. Sekaligus menyaksikan TH gagal untuk membayar hibah tahun itu.
Melalui SPV, Kerajaan membeli aset tersebut pada harga nilai buku penuh RM19.9 bilion (dengan menyerap/menanggung premium RM10.2 bilion menerusi terbitan Sukuk Kerajaan). Langkah ini "menutup" jurang defisit tersebut dan menyelamatkan imbangan duga TH.
Bahasa mudahnya.. kerajaan beli aset TH yang bermasalah itu dengan harga mahal, lebih tinggi dari nilai semasa supaya TH untung.
Ya, secara undang-undang dan perakaunan (juridikal), transaksi tersebut diklasifikasikan sebagai penjualan/pindahan aset. Namun, dari sudut matlamat kewangan, ia adalah langkah penstrukturan semula dan penyelamatan (bailout).
Walaupun secara mekanismenya ia adalah penjualan, ia bukannya penjualan biasa di pasaran terbuka (open market sale), tetapi pindahan khas kepada SPV milik Kerajaan. Maknanya aset aset itu menjadi milik kerajaan. Perlu difahami, untuk mengambil alih aset aset ni, kerajaan terpaksa menerbitkan sukuk.. maknanya kerajaan terpaksa berhutang
Dalam perjanjian tersebut, TH juga diberi hak keutamaan untuk membeli balik mana-mana aset tersebut daripada UJSB sekiranya UJSB mahu melupuskannya pada masa hadapan.
Walaubagaimanapun, selepas DS Anwar Ibrahim mengambil alih pemerintah, kerajaan telah diarahkan untuk memulangkan semula semua aset TH haji secara berperingkat.
Pada si eric..
Tak perlulah jadi batu api dalam isu ini. Ini isu tabungan umat islam. Kami umat islam mahu menyelamatkan tabungan itu dari terus dirosakkan oleh tangan tangan jahat. Jangan kamu heret isu ini untuk agenda politik kamu.
Lagi pun.. kamu masih tak jawab soalan saya dulu. Saya suruh kamu terangkan bagaimana FGV ciptaan Bos kamu boleh merosakkan TH dan Felda.
Apa alasan kamu pasal tu.. kamu jawab dulu soalan tu dari kamu terus berlagak konon kamu lah pembela institusi Islam dan melayu.









No comments:
Post a Comment