CAKAP SEMBANG A LA....DI KEDAH APA YANG BEEJAYA TAK TAU.

 



AMARAN BERBENTUK 'PLAYSAFE', DAKWA TAKUT BAYANG-BAYANG SENDIRI - SANUSI






Oleh: Roslinda Hashim 


ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menyifatkan reaksi beberapa pemimpin terhadap ucapan ceramahnya yang disalah tafsir sebagai berbaur perkauman berpunca daripada sikap 'takut kepada bayang-bayang sendiri'.


Beliau berkata, ada pihak yang dilihat terlalu berhati-hati atau ‘playsafe’ sehingga memberi peringatan kepadanya supaya tidak lagi menjejakkan kaki ke Negeri Sembilan sebagai usaha terdesak untuk mengambil hati pihak tertentu.


"Saya tak ada sentuh mereka (pemimpin BN). Mungkin dia (Ahmad Zahid) takut pada bayang-bayang dia. Mungkin dia takut orang marah kepada dia nanti. Dia pun main dua kolam.


"Dia warning (beri amaran) saya untuk ambil hati pihak tertentu. Adalah seorang dua lagi menteri yang playsafe macam dia juga," katanya, ketika bersiaran secara langsung dalam Podcast bersama MB Kedah di portal Kedah Online, hari ini.


Pada 25 Julai lalu, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, adalah lebih baik Sanusi menumpukan perhatian kepada negeri pentadbirannya di Kedah daripada datang berkempen di Negeri Sembilan.


Timbalan Perdana Menteri itu berkata, gaya ucapan pemimpin PAS itu mungkin hanya sesuai di Kedah, namun tidak semestinya diterima di Negeri Sembilan.


Ahmad Zahid ketika itu mengulas ucapan Sanusi ketika berkempen di Jempol yang dilaporkan menyebut, “Melayu tak ada dah tanah. Melayu ada Tanah Melayu ini saja. Orang India ada India. Orang Cina ada China. Orang Kemboja ada Kemboja. Orang Siam ada Thailand. Melayu di mana? Melayu di sini saja.”


Menurut Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), beliau hanya sekali menghadiri program kempen PRN di Negeri Sembilan dan tidak mempunyai masa untuk terus berada di negeri itu.


"Ada orang suruh kita balik sibukkan diri di Kedah. Tak payah datang ke Negeri Sembilan. Saya pun tak pergi dah ke Negeri Sembilan, sebab hanya sekali program pada 23 haribulan. Tak ada masa nak pergi lagi.


"Saya memang ada satu sahaja program di sana. Tak payahlah beritahu saya macam itu," katanya.


Mengulas lanjut, beliau menyifatkan sikap terlalu berhati-hati dalam memperjuangkan sesuatu perkara seperti itu hanya akan meninggalkan catatan sejarah yang akan dinilai generasi akan datang.


"Dia tengoklah bangsa ini kalau asyik playsafe seperti itu, sejarah dia nak pergi ke mana. Orang akan tulis semua itu. Semuanya akan menjadi sejarah yang dicatat dengan tinta.


"Kalau bangsa ini berjaya, kita tengok sama ada ditulis dengan tinta darah atau emas. Semua ini akan jadi sejarah. Orang akan ingat, malah rakaman lama pun boleh keluar semula," katanya.


https://www.kedahonline.com/2026/07/amaran-berbentuk-playsafe-dakwa-takut.html





No comments: