AD Anuar Zain
Kadang-kadang rasa lawak juga bila beberapa nama disebut kononnya layak jadi Perdana Menteri. Penilaian kelayakan untuk jadi Perdana Menteri dibuat dengan sangat mudah, hanya berdasarkan apa yang berlaku di dalam negara. Jawatan Perdana Menteri tu dah rasa macam jawatan Ketua Kampung je, ramai pulak yang layak.
Hakikatnya, apabila seseorang memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia, tanggungjawabnya jauh lebih besar daripada itu. Dia bukan hanya perlu bijaksana mengurus cabaran dan kepelbagaian dalam negara.
Dia perlu duduk semeja dengan Presiden Amerika Syarikat, Presiden China, Presiden Rusia, pemimpin Eropah, Timur Tengah, ASEAN dan serata dunia. Dia perlu berucap di forum dunia, mempertahankan kepentingan negara, menarik pelaburan, membuka pasaran eksport, membina hubungan diplomatik dan memastikan suara Malaysia terus dihormati di peringkat antarabangsa.
Di pentas global, bukan sahaja dasar yang dinilai, malah kewibawaan, kebijaksanaan, keupayaan berunding dan keyakinan terhadap kepimpinan negara turut menjadi perhatian.
Sebab itu jawatan Perdana Menteri ni bukan sekadar soal titik bengik politik tempatan. Ia datang sekali dengan amanah dan beban untuk membawa nama Malaysia berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara lain di dunia.
Cuba tengok semula calon-calon yang disebut tu, agak-agak boleh ke? Ke sembang je boleh?







No comments:
Post a Comment