Man Toba
RM5.5 bilion beb... bukan RM5.50 beli teh ais kat warung.
SPRM nampaknya masih belum angkat kaki daripada kes ni. Mahkamah Tinggi dah tetapkan 13 Ogos nanti untuk dengar permohonan SPRM bagi menghalang pengurusan aset luar pesisir di Jersey yang dianggarkan bernilai sekitar RM5.5 bilion. Aset tu dikaitkan dengan Toh Puan Na'imah Abdul Khalid dan pihak-pihak berkaitan.
Apa yang menarik, bila melibatkan jumlah berbilion ringgit macam ni, ramai cepat melompat buat kesimpulan. Tapi hakikatnya, proses undang-undang tetap kena jalan. SPRM kena buktikan dakwaan mereka, manakala pihak yang terlibat pula berhak mempertahankan diri di mahkamah. Itu asas keadilan.
Cuma satu benda yang rakyat biasa nampak...
Kalau betul ada aset sampai berbilion-bilion ringgit tersimpan di luar negara dan timbul persoalan tentang pengisytiharan harta serta sumber kekayaan, memang wajar pihak berkuasa siasat sampai habis. Jangan separuh jalan. Jangan pilih bulu.
Rakyat yang tiap-tiap bulan potong cukai, bayar SST, bayar macam-macam bil, mestilah nak tahu dari mana datangnya kekayaan luar biasa sebegitu besar.
Pendek cerita, kita tunggu mahkamah. Tapi SPRM kena teruskan kerja tanpa takut nama besar, pangkat tinggi atau pengaruh politik.
Sebab kalau RM5.5 bilion pun rakyat buat-buat tak nampak, esok lusa apa lagi yang kita nak marah? 🤷♂️
#SPRM #PerangiRasuah #IntegritiNegara #MantobaStyle

No comments:
Post a Comment