Salman Al Farisy II
Embraer C-390 - kos operasi lebih MESRA $$$
Merujuk laporan comptroller.war.gov - kos operasi sejam Embraer C-390 Millennium dianggarkan sekitar $4,500 hingga $5,000, jauh lebih menjimatkan berbanding pesawat Lockheed Martin C-130J Super Hercules yang berada pada julat $6,000 hingga $7,000, dan varian lama C-130H boleh mencecah kos lebih $10,000 sejam ($ USD).
Kos Operasi dan Selenggara
Embraer C-390 - Kos operasi direka bentuk lebih rendah 30% berbanding pesawat pengangkut taktikal lain.
Dilengkapi dengan dua enjin jet turbofan (IAE V2500-E5), ia tidak memerlukan penyelenggaraan berkala pada sistem kipas (propeller) yang kompleks.
C-130 Hercules - Variasi C-130J menggunakan empat enjin turboprop, sementara C-130H jauh lebih mahal untuk diselenggara kerana reka bentuk lama. Faktor kos kitaran hayat ini sering menjadi pertimbangan utama bagi pasukan udara.
Spesifikasi dan Muatan Embraer C-390 - Direka dari awal sebagai pesawat / jet berkelajuan tinggi dan berkapasiti besar. Mampu membawa muatan maksimum 26 tan, terbang pada kelajuan 470 knot (kira-kira 870 km/j), dan mempunyai jarak operasi sejauh 2,600 batu nautika.
C-130 Hercules - Model C-130J mempunyai kapasiti muatan 20 tan dan kelajuan krus sekitar 390 knot.
Pesawat ini terkenal dengan keupayaan berlepas dan mendarat di landasan pendek atau tidak berturap / kemampuan short-take-off
Embraer C-390 juga dilengkapi dengan sistem fully fly-by-wire dan kokpit kaca yang mengurangkan beban kerja juruterbang. Pesawat ini hanya memerlukan 2 juruterbang dan 1 ketua muatan.
C-130 Hercules pula memerlukan krew operasi yang lazimnya lebih besar (juruterbang, pembantu juruterbang, jurutera penerbangan, dan ketua muatan) bergantung pada model dan misi.
Mana admin dapat info ini ?
Oleh Salman Al Farisy
Jangan lupa support admin dengan Like, Follow, Comment & Share, terima kasih support 
No comments:
Post a Comment