Menarik kenyataan TMJ semalam terhadap Anwar Ibrahim.



WOW MALAYSIA



 Menarik kenyataan TMJ semalam terhadap Anwar Ibrahim.




Ayat berjela dia cuma ada 2 mesej sahaja:


1) Anwar Ibrahim tak beri pulangan peruntukan yang banyak


2) Projek pembangunan untuk Johor selalu dilengahkan


Betul ke ayat ni?


1) Soal peruntukan kepada Johor.


Semasa PN & BN jadi kerajaan, mereka beri RM10.2 bilion sahaja kepada Johor.


Selepas Anwar jadi PM, berapa Anwar beri? RM14.6 bilion kepada Johor. Peningkatan 43%. Sangat besar.


Untuk rekod, peruntukan ini jauh lebih besar berbanding pemberian Anwar kepada negeri di bawah PH. Selangor (RM12.2 bilion), Pulau Pinang (RM7.8 bilion), Negeri Sembilan (RM6.0 bilion).


2) Projek Johor selalu dilengahkan?


Selepas Anwar jadi Perdana Menteri, projek mana di Johor yang Anwar lengahkan? Tak ada pun.


Yang ada bukti adalah Anwar percepatkan projek di Johor.


Pertama, RTS Link yang hubungkan Johor dan Singapura. Najib umum, lepas tu bubar. PM lain tak teruskan.


Selepas Anwar jadi PM, projek ini dipercepat dan awal tahun depan dah boleh guna.


Kedua, Landasan Pasir Gudang Kempas. Kalau ikut jadual asal, perlu siap dalam 24 bulan. Tapi kerajaan Anwar cepatkan dan akhirnya siap dalam 6 bulan sahaja.


Rumusannya, memang sedap untuk serang tanpa beri bukti. Apabila dibalas dengan data, rakyat akan nampak "Lah, tak study dulu ke sebelum serang 🤦‍♂️ ".




No comments: