NILAI PERDAGANGAN MALAYSIA MENINGKAT

 



Prestasi perdagangan Malaysia bagi Januari 2026 kekal kukuh, meningkat 12.6 peratus tahun ke tahun kepada RM272.37 bilion berbanding RM241.97 bilion dalam tempoh sama tahun lepas, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).






Dalam kenyataan hari ini, MITI menyatakan pertumbuhan eksport disokong oleh pengembangan eksport bagi bulan ketujuh berturut-turut yang mencatat pertumbuhan dua digit sebanyak 19.6 peratus kepada RM146.87 bilion manakala import meningkat secara sederhana sebanyak 5.3 peratus kepada RM125.50 bilion.


Berita penuh : https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2525725/


#InfografikBernama 

#BernamaNews 

#Malaysia 

Ministry of Investment, Trade and Industry, Malaysia

MATRADE HQ




No comments: