Syam Ghaz
Kartel seludup sempadan Negara tembak kenderaan bos AKPS yang jaga pintu sempadan Bukit Kayu Hitam - Thailand.
Setahun penubuhan AKPS dibawah Kementerian Dalam Negeri telah catat lebih RM80 juta nilai rampasan barang seludup.
Di Bukit Kayu Hitam sahaja dari 1 Januari 2026 - 22 Februari dah RM2.5 juta barangan disita.
AKPS ni ‘anak butir’ Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail jadi Menteri Dalam Negeri era Kerajaan Perpaduan.
Ranking Keselamatan/Merendah GPI (Indeks Keamanan Global) di kedudukan ke 13 daripada 163 negara di dunia dalam Indeks Keamanan Global 2025, ini menunjukkan Malaysia berada di Top 15 negara paling aman dunia.
Polis Kelantan tutup terus 220 jeti haram Sg Golok, penyeludup pula berpindah ke laluan Bukit Kayu Hitam.
Itu yang kita tengok ada tindakbalas, hingga tembak menembak. Tanda AKPS dan Polis buat kerja. Lepas ini makin ketat semua sempadan Negara rasanya.
Jalan terus AKPS dan PDRM!!!
Kita doakan Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) dapat tahan tak sampai 48 jam!
Kami rakyat Malaysia bersama anda dan mendoakan pegawai yang komited agar semua selamat. Amen 🤲🏻


No comments:
Post a Comment