Zack Rahim
Mutakhir ramai penerima darjah kebesaran istana-istana Malaysia dihadapkan ke mahkamah, pakai gari dan baju oren dan biru lokap. Ada Datuk Seri, ada Datuk dan paling tinggi Tan Sri. Malah ada Tan Sri disumbat dalam penjara. Gelaran Tan Sri dan Tun hanya dikurniakan di Istana Negara oleh Yang Di Pertuan Agong.
Tapi tiada apa tindakan untuk menarik balik darjah kebesaran ini. Siapa sebenarnya yang berkuasa memantau perkara ini? Rakyat memerhati sahaja kerana segala darjah kebesaran ini dikurniakan atas jasa, sikap, kelakuan dan usaha penerima. Tapi kalau dah jadi penjenayah, apa kehormatan yang ada pada darjah2 ni?
Mungkin alasan selagi tak bersalah. Tapi dah berapa ramai golongan Datuk2 ni dipenjarakan? Kalau dihadapkan ke mahkamah oleh polis, SPRM, Immegresen, JPJ dll, pastinya atas kebenaran Peguam Negara. Bila AG dah benarkan bermakna ada kes yang nyata serta bukti kukuh. Sekalipun AG kalah di mahkamah, tapi apabila mahkamah putuskan untuk membelas diri ia jelas kes ada. Hanya tinggal kesilapan teknikal sahaja memisahkan sesuatu kes.
Wajar satu tindakan serius diambil atau masyarakat mula hilang hormat kepada semua Datuk2 di Malaysia ini atau memanggil mereka Datuk kriminal!

No comments:
Post a Comment