WOII MANGKOK KO KELUAR DULU LA DI MELAKA TU.. KO SOKONG N JOIN DENGAN LEBAI QUNUT NAZILAHNTU.

 



KUALA LUMPUR, 22 Dis - Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh menyelar tindakan pemimpin DAP yang dilihat meraikan keputusan Mahkamah Tinggi di sini untuk menolak permohonan tahanan rumah bekas perdana menteri, Dato’ Seri Najib Razak.





Akmal dalam satu hantaran di media sosial turut mengugut agar UMNO menarik balik sokongan terhadap kerajaan pentadbiran Anwar Ibrahim.


“Apa lagi yang perlu kita tunggu? Tarik sahaja sokongan daripada kerajaan ini.


“Biar kita jadi pembangkang yang bermaruah daripada dihina dari puak-puak bebal ni!,” tulisnya.


Beliau turut meminta semua perwakilan yang akan hadir ke Perhimpunan Agung UMNO berani membawa suara orang Melayu.


“Biar PAU kali ini sekali lagi digegarkan dengan menjadi medan suara keramat orang Melayu! Jangan takut, jangan gentar!


“Pesan pada Yeo Bee Yin juga, jangan lupa alasan satu lagi untuk kamu meraikan bagi tahun ini adalah parti kamu ditolak secara total di Sabah!,” katanya.


#BeritaKS





No comments: