Kena dah tiga orang! Kalau macam ini, namanya Langkah Malam Krismas, bukan Langkah Kangar.
Elok sangat dah. Tiga dipecat bergabung dengan lima lagi wakil rakyat Bersatu = lapan! PAS tinggal lagi enam. Satu lagi PKR.
TAHNIAH APA... MEMALUKAN OAS JIKA BEREBUT JAWATAN.
KO SENDIRI IQ 35...LITERASI KE LAUT
Billa lagi YB Abu Bakar Hamzah? Rasa tidak sabar hendak tengok majlis angkat sumpah ni ...
Saya baru sahaja tulis jam 5 petang tadi:
Walau sudah "cukuk jumloh" pada hujung 2022, PN gagal tebuk atap 2.0 selepas tunggu setahun demi setahun dengan pelbagai langkah termasuk Dubai.
Tiga tahun kemudian, PN rasa kalau susah sangat tebuk atap di Putrajaya, kita tebuk di Kangarlah! Jika susah sangat, PN tebuk atap PN! :)
Lebih lucu, sewaktu Bersatu galak di Kangar, PAS ucapkan terima kasih kepada wakil tunggal PH kerana Adun PKR itu tidak setuju Langkah Kangar.
Orang sindir kenapa wakil tunggal ini "menyibuk" jaga tepi kain rumah tangga PN, tetapi PAS, yang nampak macam cemas, cepat ucap terima kasih.
Padahal awal-awal dahulu PAS galak hendak tebuk. Pergi jumpa GPS, kemudian GPS beritahu PMX 😄
Selepas Dubai, terus rumah selamat digeledah SPRM. Berketul-ketul emas keluar.
Betullah, dalam politik, segalanya mungkin. Tiada kawan yang kekal, tiada parti yang selamat ditebuk atap. Jika tidak kerkah lawan, kita kerkah kawan!
Negeri lapan orang! Kecoh macam wayang Cina.



No comments:
Post a Comment