PAS NI MENYUSAHKAN NEGARA...BUKAN TAU PERINTAH PUN..MENYUSAHKAN RAKYAT ADA LA.

Fathi Aris Omar 


Betul atau tidak? MB Perlis sudah hilang sokongan dan mesti meletakkan jawatan? Jika benar lapan daripada 14 menolaknya, ertinya sudah tumbang.







Betul atau tidak? Saya tidak dapat semak. Tetapi portal FMT menyebut dengan jelas lapan wakil rakyat tersebut, termasuk tiga daripada PAS. 


Sumber Perikatan Nasional (PN) memberitahu FMT bahawa mereka telah menyerahkan akuan berkanun (SD) kepada Raja Perlis, Jumaat lalu, dengan menyatakan mereka tidak lagi menyokong Shukri.


Menurut sumber itu, lima daripada mereka adalah wakil rakyat Bersatu iaitu Abu Bakar Hamzah (Kuala Perlis), Izizam Ibrahim (Titi Tinggi), Megat Hashirat Hassan (Pauh), Wan Zikri Afthar Ishak (Tambun Tulang) dan Marzita Mansor (Sena).


Tiga lagi yang dispekulasi terlibat menarik sokongan: Saad Seman (Chuping), Fakhrul Anwar Ismail (Bintong) dan Ridzuan Hashim (Guar Sanji).


Betul atau tidak? Saya tidak tahu keadaan di sana. Namun tiga hari lepas, pesuruhjaya PAS negeri minta semua beri "sokongan tidak berbelah bahagi" kepada  MB. Untuk apa? Kenapa tiba-tiba? 



No comments: