TERKINI: Mohd Shukr
i Umum Letak Jawatan MB Perlis

Mohd Shukri mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Besar Perlis pada 25 Disember 2025.
KANGAR, 25 Dis – Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli mengumumkan peletakan jawatannya selepas menyembah maklum surat peletakan jawatan kepada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.
“Pertamanya nak maklumkan bahawa saya diperkenan mengadap Ke Bawah Duli Tuanku tengah hari tadi dan telah menyatakan hasrat saya meletak jawatan sebagai menteri besar atas faktor kesihatan saya, seperti mana yang kita tahu tak berapa mengizinkan.

“Saya telah menyembah surat peletakan jawatan, jadi sehubungan itu saya nak merakamkan ucapan penghargaan kepada seluruh warga pentadbiran kerajaan Perlis telah memberi kerjasama yang cukup erat kepada saya dan sahabat dalam pentadbiran,” katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.
Bagaimanapun, Shukri berkata pihaknya masih menunggu jawapan daripada Tuanku Syed Sirajuddin mengenai status jawatannya itu.
No comments:
Post a Comment