Bang Mat hadir ke Media Prima untuk sesi temubual Podcast Utama Buletin TV3. Perbincangan berkisar tentang Masa Depan Pertanian Malaysia di bawah panji Malaysia MADANI.
Pelbagai isu berkaitan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan disentuh, termasuk perancangan masa hadapan untuk memperkukuh penghasilan produk pertanian tempatan. Soal makanan bukan isu kecil, ia berkait rapat dengan jaminan bekalan, kos sara hidup dan kesejahteraan rakyat.
Bang Mat turut berkongsi hala tuju kementerian, bagaimana kita mahu memanfaatkan teknologi, di samping terus menyokong petani, peladang, penternak dan nelayan supaya sekuriti makanan negara kekal terjamin.
Insya-Allah, kita akan terus mara ke hadapan dengan pertanian yang lebih moden, mampan dan berdaya tahan demi rakyat.
No comments:
Post a Comment