TOLAK KES NAJIB

 

BFM



🚨 BREAKING: Pada 22 Disember 2025, Mahkamah Tinggi KL telah menolak pelaksanaan titah adendum diraja yang membenarkan bekas Perdana Menteri Najib Razak menjalani baki hukuman penjaranya dalam kes dana SRC di bawah tahanan rumah.














"Titah Adendum bukanlah satu perintah yang sah. Sehubungan itu perintah tahanan di rumah tidak boleh dilaksanakan." – Hakim Mahkamah Tinggi, Alice Loke Yee Ching


Peguam Najib, Shafee Abdullah akan memfailkan rayuan atas keputusan ini.


📌 Najib kini telah menjalani lebih 3 tahun hukuman penjaranya di Penjara Kajang. Dia dijangka dibebaskan pada 23 Ogos 2028, atau satu tahun kemudian pada 23 Ogos 2029 sekiranya denda RM50 juta tidak dibayar.


📌 Isu titah adendum ini timbul pada 1 April 2024 apabila Najib memfailkan semakan kehakiman dengan mendakwa wujud satu perintah tambahan yang membolehkannya menjalani hukuman penjara di bawah tahanan rumah.


📌 Dalam pada itu, Jumaat ini (26 Disember), Najib akan mengetahui nasibnya dalam kes dana 1MDB selepas perbicaraan 7 tahun. Dalam kes ini, Najib berdepan 4 tuduhan salah guna kuasa dan 21 tuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana lebih RM2.3 bilion.





No comments: