KEPUTUSAN MAHKAMAH ADIL UNTUK RAKYAT


Norman Radzuan






Saya bukan peguam utk mengulas dari sudut undang2 secara detail. Walaupun saya lawan Najib sejak 2008 hingga berakhir jawatan sebagai Perdana Menteri pada 2018, saya tetap melahirkan rasa simpati kpdnya.


Rasa simpati sebagai ‘insan’ namun tidaklah sampai utk membela. Yg salah tetap salah selepas dibicarakan walaupun saya akui ada byk jasanya kpd negara seperti  mewujudkan Klinik 1Malaysia. Namun ia tidak memboleh menghalalkan cara utk salah laku kes yg didapati bersalah oleh mahkamah.





Siapa yg bersimpati tidak ada salahnya kerana itu tandanya kita ada rasa ‘insan’ dlm diri. Tapi membela dgn menyalahkan mahkamah atau hakim ia sudah keterlaluan. Utk keluarga Najib membela nasib beliau kita boleh memahaminya sebagai bapa mereka.


Anda mesti ingat jenayah yg dilakukan oleh Najib sgt berat dgn melibatkan wang sebanyak RM 42juta. Najib sebenarnya patut dipenjarakan selama 12 tahun tetapi telah disingkatkan kpd 6 tahun sahaja. 


Tidak cukup dgn itu penyokong Najib mahukan beliau menjadi tahanan rumah atau lebih mudah difahami duduk di rumah… ia dilihat agak melampau privilege diberikan kpd mantan Perdana Menteri tersebut.


Sdgkan rakyat hanya melibatkan RM 100 sahaja berbulan dipenjarakan. Jika terlalu byk keistimewaan tentu rakyat berkata berbaloi mencuri hanya penjara 6 tahun.


Bersabarlah DS Najib hanya tinggal 2 tahun sahaja lagi. Bagi saya keputusan mahkamah barangkali dirasakan tidak adil oleh penyokong Najib tetapi adil utk rakyat.



No comments: