Mahkamah: Titah Adendum tidak sah dan tak pernah dibincangkan, Najib kekal di Penjara Kajang


 


Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kekal menjalani baki hukuman penjaranya di Penjara Kajang.

Hakim Mahkamah Tinggi, Alice Loke Yee Ching hari ini menolak rayuan Najib, bagi memaksa kerajaan dan enam yang lain untuk melaksanakan Titah Adendum.

Yee Ching memutuskan bahawa Titah Adendum itu tidak sah dan tidak boleh dilaksanakan bagi maksud menjalani tahanan rumah di negara ini.


Beliau berpuas hati isu berkaitan tahanan rumah tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan yang bersidang pada 29 Januari tahun lalu.


“Titah adendum tersebut tidak dipertimbang atau diputuskan pada mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan ke-61. Tiada pematuhan terhadap Perkara 42 Perlembagaan.


“Justeru, ia bukan satu perintah yang sah. Responden tidak mempunyai kuasa dan tiada kewajipan untuk mematuhi atau menguatkuasakannya. Sebaliknya, pemohon tidak mempunyai hak terhadap remedi mandamus,” katanya.


Untuk rekod, Najib yang juga bekas Ahli Parlimen Pekan sudah menjalani hukuman penjara lebih tiga tahun berkaitan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International sejak 23 Ogos 2022.




No comments: