Seorang peniaga Muslim dipuji sebagai hero selepas bertindak berani merampas senjata dari salah seorang lelaki bersenjata dalam insiden tembakan di Bondi Beach, Sydney.
Lelaki yang dijulang sebagai wira itu dikenal pasti sebagai Ahmed al Ahmed, 43, seorang penjual buah.
Video kejadian itu berlegar di media sosial dan mendapat liputan meluas media antarabangsa.
Dalam video tersebut, Ahmed bersembunyi di belakang kereta sebelum meluru ke arah suspek dan bergelut merampas senapang patah yang digunakan.
Dia kemudian mengacukan senjata kembali ke arah penyerang sebelum meletakkannya dengan selamat di sisi sepohon pokok ketika penyerang terbabit melarikan diri ke arah sebuah jambatan berhampiran, lokasi seorang lagi lelaki bersenjata sedang menyerang.
Ahmed, yang ketika kejadian memakai kemeja-T putih, ditembak dua kali dan kemudiannya dikejarkan ke hospital, di mana dia dijadualkan menjalani pembedahan.
Sepupunya, Mustafa, memberitahu media Australia bahawa keluarga mereka sedang menunggu perkembangan terkini mengenai keadaannya.
No comments:
Post a Comment