Seorang YouTuber yang juga aktivis politik Bersatu, Papa Berry mempersoal ketidakhadiran pemimpin tertinggi Bersatu ke Konvensyen 153 anjuran Sekretariat Orang Melayu (SOM) diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad
Papa Berry atau nama sebenarnya Nurpais Ismail naik angin kerana tiada seorang pun pemimpin parti itu hadir dalam konvensyen yang membincangkan soal Melayu dan Perkara 153.
Dia mendakwa ketidakhadiran itu kerana pemimpin Bersatu merajuk susulan dakwaan Mahathir bahawa Tan Sri Mahiaddin Md Yassin mencuri wang parti.
“Soalan saya pimpinan tertinggi Bersatu, mana korang?! Disebabkan video Tun tersebar konon-konon disebabkan kau, langsung sorang tak nak datang.
“Apa salah hari ini datang, jumpa depan-depan Tun tanya betul-betul, Tun apa cerita Tun. Betul ke Tun cakap macam itu. Tanya depan-depan lah. Merajuk macam budak kecik.
“Ni cerita Melayulah bukan cerita parti. Merajuk sangat pasal video tu. Tun ada tadi. Relaks je dia. Datang, jumpa depan-depan tanya. Mahiaddin siap keluar kenyataan nafi, ok Alhamdulillah baguslah. Tapi tanyalah Tun depan-depan,” katanya.
Dia berkata, yang hadir hanyalah dua tiga orang ahli Bersatu di peringkat bawahan.
No comments:
Post a Comment