SANUSI JANGAN INGAT RAKYAT KEDAH BOLEH DIBODOHKAN DENGAN DONGENG “TAK TAHU”


 KENYATAAN MEDIA 






Saya mengikuti kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, yang mendakwa beliau “tidak tahu apa-apa” mengenai dakwaan rasuah melibatkan Ahli Parlimen Padang Serai ketika menjadi Pengerusi Kedah Agro.


Terus terang alasan itu bukan sekadar lemah, ia memalukan, menghina akal rakyat, dan boleh dianggap sebagai satu percubaan menutup kelemahan pentadbiran sendiri dengan cerita kartun.


1.Tarikh jelas. Kalau Sanusi masih keliru, itu masalah dia bukan masalah rakyat.


Sanusi angkat sumpah MB pada 17 Mei 2020.

Perbuatan yang membawa kepada pertuduhan terhadap MP Padang Serai berlaku pada 23 Jun 2020.


Ini bukan sebelum jadi MB.

Ini SELEPAS JADI MB.


Tak ada siapa pun rakyat Kedah yang ingat Sanusi jadi MB pada 2024.

Hanya dia seorang yang buat-buat lupa.


Kalau seorang MB pun tak boleh beza tarikh dia sendiri jadi MB,

patutlah negeri tunggang-langgang.


2.MP Padang Serai kekal menjawat jawatan Pengerusi Kedah Agro sampai syarikat tersebut di tutup tapi Sanusi kata dia tak tahu?


Ini bukan cerita budak intern kuat tidur.


Ini PENGERUSI syarikat kerajaan negeri:

Kedah Agro, bawah MBI.Sanusi juga selaku Pengerusi MBI.


Bukan syarikat tepi jalan.

Bukan kedai runcit belakang rumah.


Pengerusi pegang jawatan sampai mesyuarat Lembaga putuskan tutup operasi.

Dan Sanusi nak beritahu rakyat:


“Saya tak tahu apa yang Pengerusi syarikat bawah saya sendiri buat.”


Kalau betul dia tak tahu, maknanya selama ini MBI dan GLC negeri jalan sendiri tanpa MB, macam kapal tak ada kapten.


Ini bukan alasan. Ini pengakuan dia tak layak memimpin.


3.Dua pilihan untuk pilihan rakyat: Sanusi tipu, atau Sanusi tak buat kerja.


Dua-dua pun memalukan. Tak perlu pusing jauh.


Pilihan A: Dia tahu, tapi dia cuba cuci tangan.


Atau


Pilihan B: Dia memang tak pantau apa-apa.


Rakyat Kedah boleh pilih sendiri mana yang mereka rasa nak yang lebih memalukan.


4.Bila serang orang lain, depan kamera Sanusi bukan main garang. Bila kena batang hidung sendiri, terus pura-pura bebal.


Sanusi paling laju serang kerajaan pusat, tuduh campur tangan, tuduh itu ini.


Tapi bila Pengerusi GLC bawah dia sendiri kena dakwa?


Terus jadi MB paling tak tahu apa dalam sejarah Malaysia.


Garang depan musuh,

tapi hilang berani bila kawan sendiri terpalit.


Ini bukan kepimpinan.

Ini politik pengecut


5.Negeri lain MB tanggungjawab penuh. Di Kedah, MB cuci tangan setiap kali tersudut.


Rakyat Kedah dah sedia maklum:


Isu air — tak tahu siapa salah,


Isu REE — tak tahu bagaimana berlaku,


Isu pelaburan — tak tahu kenapa lembab,


Isu banjir — tak tahu sebab,


Isu projek terbengkalai — tak tahu proses,


Isu 10 projek di umum dan 10 tak siap - saya tak tahu, saya tukang baca


Dan sekarang, isu Pengerusi Kedah Agro kena dakwa juga tak tahu.


Kalau semua dia tak tahu,

apa sebenarnya yang dia tahu?

Selain berdrama depan kamera?


6.Jangan rendahkan rakyat Kedah dengan alasan bodoh.


7.Jangan memalukan Tuanku Sultan Kedah


Saya tidak menuduh sesiapa bersalah, biar mahkamah tentukan.


Tetapi saya menuduh secara terbuka bahawa:


Alasan “saya tak tahu apa-apa” adalah alasan paling menghina rakyat Kedah sejak negara merdeka.


Tarikh jelas.

Struktur MBI jelas.

Peranan MB jelas.

Kedudukan Pengerusi Kedah Agro jelas.


Yang tak jelas cuma satu:


Kejujuran Sanusi bila jawab soalan mudah.


Kalau benda terang-benderang pun dia cuba pusing,

bagaimana rakyat nak percaya dia urus hal yang lebih besar?


8.Sanusi boleh tipu penyokong tegar,

boleh tipu pentas ceramah,

boleh tipu kamera TikTok,


tapi dia tak boleh tipu tarikh.


23 Jun 2020 berlaku selepas dia jadi MB.


Kedah Agro berada di bawah MBI yang dia sendiri ketuai.


Pengerusi syarikat (MP Padang Serai) kekal sampai syarikat tutup operasi.


Kalau semua itu pun dia “tak tahu”,

lebih baik dia berhenti jadi MB,

dan serah pada orang yang sekurang-kurangnya tahu tarikh dia sendiri mengangkat sumpah.


MAHFUZ OMAR

Naib Presiden

Parti Amanah Negara

Jumaat 13 Des 2025

Pokok Sena, Kedah





No comments: