Terengganu akan jadi paling untung sebab CCUS? Ini sebabnya

 


Oleh NAZRI HAMDAN


Apa maksud CCUS dan betul ke apabila Menteri Ekonomi cakap Terengganu akan jadi paling untung sebab CCUS?


CCUS ni ialah Carbon Capture, Utilization and Storage. RUU bacaan kali pertama dibentang oleh Menteri Ekonomi pada Mac 2025.


Jadi, apa perkara yang penting sangat mengenai Rang Undang-Undang (RUU) Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS) 2025 ini?


Pada masa akan datang, iaitu 2026 – Malaysia akan kenakan cukai karbon. Pada asasnya, jaga alam sekitar dan capai standard antarabangsa iaitu Malaysia nak jadi karbon sifar bersih menjelang 2050.

Kenapa sibuk sangat nak kejar net zero carbon pada 2050?


Sebab pada masa depan ia akan jadi satu tarikan untuk tarik pelaburan syarikat besar yang nak patuh kepada ESG – Microsoft, Google dan pelbagai lagi syarikat besar dan teknologi tinggi dan komited nak kurangkan pelepasan karbon.

Bertindak sekarang

Kalau betul kita nak tarik syarikat-syarikat besar melabur di Malaysia, kena bertindak sekarang.

Maksudnya, mana-mana syarikat industri berat yang melepaskan karbon akan dikenakan cukai karbon.


Bukan Malaysia saja, malah banyak negara lain yang akan kenakan cukai karbon pada kadar tinggi pada masa akan datang.



Jadi, mereka ada dua pilihan; sama ada nak lepaskan karbon ke udara atau nak lepaskan karbon ke fasiliti CCUS yang akan dibina di bekas lapangan minyak seperti Terengganu.


Kalau mereka lepaskan ke udara, kena bayar cukai karbon tinggi. Tapi kalau lepaskan ke fasiliti CCUS caj lebih murah. Lebih baik mereka lepaskan ke CCUS.


Pada asasnya, pengeluaran minyak di Kerteh sudah menunjukkan penurunan dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Kalau makin perlahan, aktiviti ekonomi di Kerteh akan perlahan.


Aktiviti ekonomi ini boleh terus hidup apabila ia ditukar kepada hub CCUS dengan menggunakan tempat bekas lapangan minyak.

Ini bermaksud, syarikat tempatan dan antarabangsa yang nak hantar karbon mereka boleh gunakan CCUS di Terengganu dan ini akan meningkatkan pelaburan di situ.


Jadi ya, Terengganu akan jadi paling untung dari CCUS ni memandangkan mereka dah memang ada bekas medan minyak yang sesuai dijadikan tempat simpan karbon.


Bukan itu saja, CCUS juga boleh jadikan Terengganu hub simpanan karbon serantau.


Pada masa depan, akan lebih banyak syarikat industri berat dan teknologi tinggi nak kurangkan kos dengan cari tempat yang mereka boleh simpan karbon.




No comments: