ULASAN MENARIK 2 ISU- SAPURA KENA BAIL OUT KERAJAAN BENARKAH? APA CERITA SEBENAR AYUH KITA DENGAR


PAS menyifatkan suntikan dana RM1.1 bilion kepada Sapura Energy sebagai ‘bailout’ menggunakan wang rakyat demi menyelamatkan syarikat bermasalah.
Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari berkata pelaburan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam Sapura mengundang persoalan di kala pelabur swasta tidak berminat membantu.
“Kerajaan juga menyatakan bahawa suntikan dana ini bukanlah dana hangus kerana ia berbentuk pinjaman yang boleh dibayar balik.
“Namun, realiti kewangan Sapura membangkitkan persoalan besar tentang kebolehan syarikat untuk menunaikan janji pembayaran semula.
“Jika pelaburan ini menguntungkan, mengapa pelabur swasta tidak berminat? Ini menunjukkan risiko tinggi tetapi kerajaan memilih menanggungnya dengan dana awam,” katanya. Beliau berkata demikian menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini meluahkan kekesalan keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pelaburan itu. Katanya, Anwar dalam satu program debat bersama bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak pernah mencadangkan audit forensik terhadap Sapura namun ia tidak dilaksanakan.
“Kenapa tidak laksanakan sekarang? Kenapa tiba-tiba RM1.1 bilion boleh disalurkan tanpa ketelusan penuh kepada rakyat? “Kita tidak mempunyai halangan sekiranya langkah ini diperlukan untuk menyelamatkan syarikat yang mempunyai kepentingan strategik kepada industri minyak dan gas negara. “Jika kerajaan benar-benar yakin bahawa Sapura mempunyai potensi pemulihan, mengapa tidak dilakukan audit forensik terlebih dahulu?” soalnya.







No comments: