Wanita dakwa Nabi amal kronisme dan nepotisme akan dipanggil JAKIM




Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengambil perhatian serius terhadap hantaran Facebook seorang pengguna yang mengaitkan Nabi dengan amalan kronisme dan nepotisme.

JAKIM dalam satu hantaran berkata, pihaknya akan memanggil individu itu untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

“JAKIM mengambil perhatian serius terhadap hantaran status berkaitan isu kronisme dan nepotisme dan akan memanggil pihak berkenaan untuk mendapatkan penjelasan lanjut,” katanya.



Terdahulu pengguna Facebook yang menggunakan nama ‘Ainon Mohd’ menyebut bahawa demokrasi Barat tidak mengamalkan nepotisme dan kronisme, tetapi Nabi pada waktu dahulu mengamalkan dua sistem itu.

Hantaran itu turut mempersoalkan dalam zaman ini, sama ada patut kronisme dan nepotisme diamalkan juga.

“Sebagai ketua negara Islam Madinah, Nabi amalkan nepotisme dan kronisme,” dakwanya sambil memberikan contoh Sayyidina Abu Bakar dan Sayyidina Umar sebagai mertua, Sayyidina Uthman (menantu) serta Sayyidina Ali (menantu dan sepupu).

Tulisan dibuat wanita itu tular dan mendapat kecaman ramai.




No comments: