Nazri Hamdan
.
Intel baru je lantik Lip-Bu Tan, seorang veteran dalam dunia cip dan bekas ahli lembaga syarikat, sebagai CEO baru mereka. Yang menariknya, Lip-Bu Tan ni sebenarnya asal dari Malaysia! Bangga la sikit, orang kita sekarang terajui salah satu syarikat teknologi paling besar di dunia.
Intel sekarang tengah struggle nak bersaing dengan gergasi lain macam TSMC dan Samsung. CEO sebelum ni, Pat Gelsinger, cuba ubah hala tuju syarikat dengan pelaburan besar-besaran, tapi nampaknya tak menjadi. Pelabur pun makin tak yakin.
Masuk Lip-Bu Tan, harapan baru untuk Intel. Dia memang pakar dalam dunia teknologi dan pelaburan, jadi mungkin dia boleh bawa strategi yang lebih mantap. Dari cara nampak sekarang, Intel takkan pecahkan operasi cip mereka, tapi lebih fokus nak kukuhkan bisnes.
Kalau Lip-Bu Tan berjaya, bukan je Intel dapat kembali kuat, tapi ni juga jadi bukti bahawa orang Malaysia memang boleh pergi jauh dalam dunia teknologi global!
No comments:
Post a Comment