KINI TIBA MASANYA SAPURA DISIASAT- SPRM sahkan dua kertas siasatan dibuka terhadap Sapura

 



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka dua kertas siasatan terhadap syarikat Sapura Energy Berhad (SEB) selepas didakwa terbabit kes rasuah dan penyelewengan.



Sumber memberitahu, siasatan dibuat selepas SPRM menerima maklumat berhubung salah laku membabitkan syarikat tersebut.

Difahamkan, siasatan ini berdasarkan siasatan awal yang dibuka SPRM pada penghujung tahun 2023 yang turut melibatkan tuntutan-tuntutan yang dibuat syarikat berkenaan.

“Dua kertas siasatan ini dibuka menjurus kepada kegiatan pengubahan wang haram dan penyelewengan membabitkan tuntutan sekitar 2018 ketika syarikat itu dikenali sebagai Sapura Kencana Petroleum Berhad.


“Selain jenayah rasuah, siasatan juga akan memberi fokus kepada isu kelemahan tatakelola dan kelemahan pengurusan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan perkara itu, memaklumkan kertas siasatan dibuka mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Wang Haram Dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFPUAA) 2001.



Semalam Perdana Menteri berkata, suntikan dana kepada SEB bukan satu bentuk ‘bailout’, sebaliknya untuk membantu vendor yang terkesan akibat masalah kewangan dihadapi syarikat berkenaan.

Katanya, suntikan dana terbabit bukan diberi begitu sahaja, sebaliknya kerajaan memulakan langkah dengan menjalankan audit forensik untuk mengenal pasti masalah sebenar dihadapi syarikat itu





No comments: