Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai seorang pemimpin yang tidak pernah gentar dengan ancaman mana-mana pihak.
Setiausaha Politik Kanan Pejabat Presiden PKR, Datuk Romli Ishak berkata, sepanjang beliau mengenali bos nya itu, Anwar tidak takut kepada sesiapa kerana beliau sudah merasa duduk dalam “neraka dunia”.
Tempoh 11 tahun dipenjara membuatkan Anwar lebih berani dan tidak tunduk kepada mana-mana pihak.
“Anwar Ibrahim ni dia tidak takut sesiapa. 11 tahun duduk dalam penjara, dia dah duduk dalam neraka dunia.
“Orang yang dah duduk 11 tahun dalam penjara, bila dia keluar…tuan-tuan nak pi cabar dia? Dia tak peduli, dia tak takut siapa.
“Manusia macam ini dia tak takut siapa dah. Dia dah melalui neraka dunia yang paling teruk sebab itu dia kata, hangpa nak fitnah, fitnahlah. Nak kata apa katalah. Aku dah lalu lagi teruk daripada itu,” katanya dalam satu klip video ceramah dimuat naik di TikTok.
Romli berkata, Anwar telah melalui banyak ujian besar yang diberikan Allah SWT sebelum beliau menjadi Perdana Menteri.
Katanya, Perdana Menteri beruntung kerana mempunyai seorang isteri seperti Dr Wan Azizah yang sangat setia.
“Hari ini dia jadi Perdana Menteri pun orang tak berhenti habis bercakap. Saya cakap bos tangkap lah bos, kutip habis semua. Dia balas ‘hang nak aku jadi macam Mahathir ka’,” katanya lagi.
No comments:
Post a Comment