Hari itu dapat RM830k bagi kepada DAP, kata pembaca kepada usaha Pas buka ‘Tabung Milo’

 

Pemuda Pas kini mula menggerakkan tabung derma bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning.

Menerusi poster dikongsikan, parti itu menyasarkan bantuan orang ramai sebanyak RM50,000.


Ia turut menyertakan akaun Bank Islam bersama kod QR untuk mereka yang ingin menderma.


Poster itu mendapat perhatian ramai kerana Pas sekali lagi menggerakkan “tabung milo” yang sinonim dengan parti itu.

Pengguna Facebook membangkitkan kembali soal derma berjumlah RM830,000 dihadapi Ahli Parlimen Kepala Batas, Siti Mastura Muhammad yang diberikan kepada DAP.



“Sayang duit RM830,000 hari itu bagi kepada DAP. Kalau tak, boleh buat bina tahfiz,” kata Zul Asrin.

“Baik saya infaq pada pembinaan masjid atau surau. Lebih-lebih lagi di bulan puasa ini,” komen Ahmad Khairumuzamil.


Sebelum ini, tersebar surat pekeliling yang dihantar kepada pemimpin utama pusat, negeri dan sayap Pas memohon ‘derma jihad’ bagi membiayai saman Siti Mastura berjumlah RM825,000.

Kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning berlaku susulan kematian penyandangnya, shsam Shahruddin, 59, selepas rebah ketika menyertai perlawanan bola sepak di Pulau Pinang pada 22 Februari lalu.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 April sebagai tarikh penamaan calon, diikuti undi awal pada 22 April dan hari mengundi pada 26 April, melibatkan 31,897 pengundi berdaftar.




No comments: