Citer Semalam;
Alhamdulillah semalam kerajaan negeri Selangor melalui pjbt YAB Dato' Seri Menteri Besar Selangor telah memberi penghormatan untuk saya sampaikan tazkirah dlm majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri Malaysia YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam. Jika ikut schedule tazkirah saya mula 710minit, namun YAB PM terlajak sikit ( terambil masa saya ). Semasa saya naik ke pentas YAB PM minta maaf dari tempat duduk VVIP. Saya dengar dgn jelas " minta maaf us, saya tak perasaan terambil masa us". Saya balas "eh takpa Datuk Seri".
anSaya teruskan tazkirah ringkas perbezaan antara " Siyam dan Saum ". Selesai tazkiran saya turun pentas... tetiba YAB PM bangun dari tempat duduk dan menghampiri saya " dipeluknya saya sambil minta maaf kerana terambil masa saya ". Saya balas " eh takpa Datuk Seri, its ok, ucapan Datuk Seri tadi juga ada tazkirah dalamnya".
Masya Allah, saya sangat kagum dgn ketinggian akhlaq beliau yang menghormati majlis ilmu serta cara menyantuni ilmuan.
Semuga YAB Datuk Seri sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah swt serta dikurniakan keafiatan kemakmuran usia.
No comments:
Post a Comment