WUJUDNYA PUSAT AI KEBANGSAAN.



 Hari ini satu lagi sejarah tercipta dengan kewujudan pejabat AI Kebangsaan (NAIO) sebagai bukti tekad kesungguhan kita terkait ikhtiar transformasi digital yang mampu memacu ke arah masa depan dunia berpaksikan ekonomi digital.






Kod Etika dan Tadbir Urus AI (AIGE) yang dilancarkan menekankan prinsip-prinsip asas seperti kebebasan,ketelusan, keadilan, dan inklusiviti dalam pembangunan dan penggunaan AI.


Sektor digital adalah kekuatan ekonomi dunia, justeru perlu ada kesungguhan penting untuk meningkatkan sektor digital negara ke landasan yang betul.


Natijahnya, pemerdayaan untuk mengangkat keupayaan kita sebagai negara berpendapatan tinggi perlu didorong oleh sektor digital dan kerana itu, Malaysia adalah antara negara terawal mewujudkan Kementerian Digital. 


Saya percaya, kewujudan AI Office akan meningkatkan keupayaan untuk bersaing namun perlu seiring dengan pemupukkan nilai ihsan, jati diri, etika, kemanusian, kefahaman agama, budaya dan hormat menghormati supaya tadbir urus yang lebih telus, adil dalam mendakap keseluruhan pelaksanaan AI ini.


#MalaysiaMADANI