Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) menyelar beberapa ahli parlimen dari Kelantan dengan mendakwa tidak mengetahui situasi sebenar isu Pulau Batu Puteh.
Aminolhuda semasa berbahas di Dewan Rakyat semalam turut berkongsi pengalaman dihalang oleh pihak berkuasa untuk melawat pulau tersebut pada 1979 ketika isu pertindihan mula tercetus.
Hari terakhir mesyuarat ketiga di Dewan Rakyat pada tahun ini menjadi kecoh seketika ketika sesi perbahasan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi Mengkaji Pengendalian Perkara berkaitan dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.