NAK BUAT KONTENT DALAM TIKTOK, TAPI NAK SURUH MASAK GUNA AIR BANJIR...APA PUNYA JARGON

 


‘Nak suruh tanak nasi pakai air banjir ke?’, MP PN ini dianggap buat ‘content’


Wakil rakyat Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dihujani kecaman dan dianggap buat ‘content’ gara-gara mengedarkan beras kampit kepada mangsa banjir.


Kenyataan Ahli Parlimen Machang itu kononnya bukan semua mangsa banjir dapat berpindah ke pusat penempatan sementara (PPS) akibat terputus perhubungan juga dipertikai.


Hal ini memandangkan beliau dan pasukannya boleh pula memasuki kawasan kediaman mangsa banjir terbabit dengan kenderaan masing-masing seperti dapat dilihat menerusi video dikongsi.


“Bukan semua mangsa banjir dapat berpindah ke PPS akibat terputus perhubungan.


“Tiada masalah: #TeamWAF dan seluruh jentera Pusat Khidmat DUN Temangan di bawah pimpinan YB Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Dr. Fadzli tetap turun membawa bantuan kepada penduduk yang terputus hubungan di Kg. Pangkal Kuang,” katanya di platform X.


Bagaimanapun, rata-rata mempertikai bentuk bantuan semasa musim banjir itu susulan kesukaran untuk tanak nasi ditambah dengan risiko pemberhentian bekalan elektrik oleh pihak TNB.


“Terputus hubungan tapi masih boleh dilalui kenderaan? Bermakna masih boleh berpindah ke PPS guna jentera besar agensi kerajaan. Kenapa target penduduk ni?


“Pemimpin tugas utama sediakan pelan penyelesaian, kenalpasti punca, cadang pelan pencegahan/mitigasi supaya tak berlaku/kurangkan/elakkan risiko kejadian pada masa akan datang dengan segera.


“Tugas untuk bantuan/kemudahan ni boleh bagi jabatan berkenaan.Mereka dah dilatih, ada SOP (prosedur operasi standard),” demikian antara kritikan netizen.