PERHIMPUNAN BULANAN WARGA JPM


 Di perhimpunan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini, saya gunakan kesempatan untuk melontarkan pujian dan penghargaan kepada kesemua pegawai dan anggota dari pelbagai agensi pengurusan bencana di atas kesiapsiagaan serta kebersamaan sewaktu menghadapi musibah banjir kali ini.


Persiapan kali ini luar biasa malah saya sendiri sempat semalam ke Terengganu dan bertegur sapa dengan pasukan keselamatan selain mendengar pengalaman serta permasalahan dihadapi mangsa-mangsa banjir.


Selain daripada pasukan itu, Kerajaan juga akan mobilisasi Skuad Ehsan MADANI untuk urusan pasca banjir bagi aspek pemulihan dan kebajikan mangsa-mangsa banjir dalam meringankan beban yang ditanggung mereka.






Sebelum beredar, saya titipkan pesanan kepada penjawat awam bahawa rakyat mengharapkan prestasi dan perkhidmatan yang lebih baik khususnya susulan pelaksanaan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bulan ini.


#MalaysiaMADANI