HASSAN KARIM HARUS PUNYA FAKTA TEPAT SEBELUM HENTAM MANA MANA PIHAK. JANGAN TIRU WALAU DAN LEBAI... CAKAP DULU MINTA MAAF TIDAK SEKALI.


 Akhirnya sedar.



Tadi aku tengok sorotan temubual 𝗜𝘀𝘄𝗮𝗿𝗱𝘆 dengan 𝗛𝗮𝘀𝘀𝗮𝗻 ni di TikTok. Hassan jelaskan yang dia 𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮𝗶 bila 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗞𝗼𝗺𝘂𝗻𝗶𝗸𝗮𝘀𝗶, 𝗙𝗮𝗵𝗺𝗶 𝗙𝗮𝗱𝘇𝗶𝗹 menelefonnya 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗜𝗻𝘁𝗮𝗻𝗯𝘂𝗹 untuk menjelaskan kesalahan fakta yang Hassan tuturkan dalam dewan mengenai isu 5G.


Menurut Hassan dia harapkan harapkan 𝗽𝗲𝗿𝗸𝗮𝗿𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗮𝗺𝗮 dibuat oleh 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗞𝗣𝗞𝗧, 𝗠𝘂𝗵𝗮𝗺𝗺𝗮𝗱 𝗦𝗮𝗯𝘂 untuk isu beras tempatan.


Pertama sekali, baguslah Hassan dah sedar kesilapan sendiri 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗳𝗮𝗸𝘁𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗽𝗮𝘁, suatu kedunguan yang sepatutnya dipraktiskan hanya oleh 𝗹𝗲𝗯𝗮𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 sahaja.


Tapi, keduanya, bila Hassan harap menteri yang cari dia dan jelaskan, aku rasa ia 𝘀𝗲𝘀𝘂𝗮𝘁𝘂 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗼𝗻𝗴𝘀𝗮𝗻𝗴. Hassan fikir dia siapa? Dia kira dia 𝗣𝗠 atau 𝗦𝘂𝗹𝘁𝗮𝗻 yang menteri perlu beri laporan?


Langkahnya terbalik Hassan oi. Sepatutnya kamu yang cari menteri dan minta penjelasan. 𝗕𝘂𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗹𝗶𝗸𝗻𝘆𝗮. Dan bukan terus-terus meroyan dalam parlimen 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻𝗴 lagi.


Lainlah kalau dah minta penjelasan tapi menteri rak layan. Macam tu ada juga ampunnya walaupun masih ada lagi langkah lain yang boleh dibuat.


Terus serang kerajaan di parlimen seolah 𝗯𝗲𝗿𝗶 𝗽𝗲𝗹𝘂𝗿𝘂 𝗽𝗲𝗿𝗰𝘂𝗺𝗮 kepada musuh. Sekarang ni ucapan Hassan sudah 𝗱𝗶𝗸𝗲𝗿𝗮𝘁 𝗱𝗮𝗻 𝗱𝗶𝘁𝗮𝗺𝗽𝗮𝗹, digunakan secara palsu oleh walaun untuk memfitnah kerajaan.


Sekarang Hassan dah sedar ucapannya ada kesilapan fakta. Tapi dah tak guna. 𝘚𝘤𝘳𝘦𝘦𝘯𝘴𝘩𝘰𝘵 ucapannya akan 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀 𝗱𝗶𝗴𝘂𝗻𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗹𝗲𝗯𝗮𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻. Kan dah jadi seolah Hassan ni 𝗺𝘂𝘀𝘂𝗵 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝘀𝗲𝗹𝗶𝗺𝘂𝘁.


Awak tu dah tua. Sepatutnya akal lebih panjang untuk fikir baik buruk tindakan sendiri. Yang pergi terikut permainan jahat pembangkang tu pasal apa?


Apa pun, tahniah dan terima kasih buat 𝗙𝗮𝗵𝗺𝗶 𝗙𝗮𝗱𝘇𝗶𝗹 yang 𝗿𝗮𝗷𝗶𝗻 melayan Hassan ni dan telefon dari jauh untuk jelaskan situasi sebenar. Juga kepada 𝗞𝗲𝗮𝗱𝗶𝗹𝗮𝗻 yang buat keputusan 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝘁𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝘂𝗸𝘂𝗺 𝗛𝗮𝘀𝘀𝗮𝗻.


Sebenarnya pembangkang terutamanya walaun dan lebai menunggu dengan minat kes Hassan ni. Mereka kononnya nak mainkan isu 𝗞𝗲𝗮𝗱𝗶𝗹𝗮𝗻 𝘁𝗮𝗸 𝗱𝗲𝗺𝗼𝗸𝗿𝗮𝗿𝗶𝗸. Sekali tengok Hassan tak dihukum.


𝘊𝘩𝘦𝘤𝘬𝘮𝘢𝘵𝘦 la lebai. Demokrasi subur dalam Keadilan. Bukan macam PAS, rampas mikrofon perwakilan yang 𝗸𝗿𝗶𝘁𝗶𝗸 𝗽𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻𝗮𝗻. Dah macam 𝗸𝗼𝗺𝘂𝗻𝗶𝘀 dah. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.