MSO
Saya dikirimkan klik video kenyataan ini dari seorang saya yakin ia adalah pimpinan parti PH di Terengganu yang mengeluarkan kekesalan atas sikap kerajaan pihak kerajaan Trengganu yang tidak meraikan sama mereka untuk sambut kehadiran PM Anwar Ibrahin hari ini untuk tinjau keadaan banjir di negeri itu.
Saya tidak faham untuk apa dan untungnya apa kenyataan yang mengecam pihak kerajaan Terengganu ini. Sama ada untuk sambut atau tidak PM tidak timbul kerana pihak kerajaan negeri MB Samsuri sendiri sudah sedia menyambut kehadiran PM.
Tugas atau dari segi protokolnya bila PM turun ke sesuatu negeri menjadi lumrah MB jadi ketua protokol sambut PM.
Kalau anda setakat ketua pemuda parti atau pengerusi parti tidak penting, melainkan hanya anda saja merasa penting dan layak mendampingi PM. Itu salah.
Kena tahu Anwar turun atas kapasiti PM bukan pengerusi parti. Biar tahu adat dan protokol sikit.
Kalau anda pentig dan layak pasti PM sudah memberi isyarat atau bertanya anda. Kalau PM pun tak tanya bermakna anda tidak penting keberadaan anda itu menandakan tidak menyumbang apa apa. PM tidak menghormati anda.
Terdengar juga komplen pihak dari perjabat persekutuan juga tidak dibenar masuk ke PPS.
Untuk apa nak masuk kalau urusan membantu mangsa banjir sudah berjalan lancar?
Hentilah bermain politik ketika rakyat dalam sangsara. Apa yang penting siapa yang bantu rakyat selamat. Kalau orang tak ajak kita membantu bersama cukup berdoa atau tadah tangan mengaminkan doa dari jauh.
Tirulah perangai PM yang tidak mempolitikkan banjir dan tulus membantu. Trims.