YADIM SANTUNI GOLONGAN REMAJA.



 GOLONGAN Remaja dan belia sentiasa mendapat perhatian YADIM Negeri Terengganu dalam melestari gerakan dakwah.







Terbaharu telah dianjurkan program 

Aspirasi Remaja Madani : Tahsin Solat pada 12 Oktober di asrama rakan strategik YADIM Negeri Terengganu, PERKAYA di Marang.


Seramai 269 pelajar berusia 12 hingga 17 tahun menyertai program anjuran YADIM Negeri Terengganu dengan kerjasama PERKAYA ini.


Dua slot ceramah diadakan yang diisi oleh Ahli Zamalah YADIM Negeri Terengganu iaitu Klinik Solat (Bacaan Dalam Solat) menampilkan Ustaz Ahmad Fateh Mursyid Che' Zahari dan Amali Solat oleh Ustaz Jihadi Jazmi  Abdul Hamid.


Pengerusi Biro Pendidikan dan Kerjaya PERKAYA, Tuan Ngah Bidin telah menyampaikan ucapan aluan di majlis perasmian penutup sebelum Pengarah YADIM Negeri Terengganu, Ustaz Nasrul Hadi Saidin menyempurnakan ucapan penutupan program.


Hadir sama ialah Pengetua Asrama PERKAYA Marang, Puan Fariha Muda.


*****


YADIM menyantuni semua tanpa mengira latar belakang mereka. Bantu kami untuk menyantuni semua lapisan masyarakat.


Orang ramai boleh menyumbang kepada YADIM menerusi dua cara mudah.


Pertama, layari laman web YADIM dan klik di ruangan ‘Sumbangan Dana’ di halaman utama. Seterusnya ikuti panduan yang diberikan, atau hulurkan sumbangan anda ke akaun 1402 3010 0455 56 (Bank Islam Malaysia Berhad) 


Atau klik link dibawah :


Sumbangan secara potongan bulanan

InfaqPay Go / Direct Debit eMandate / Recurring Monthly Payment - https://infaqpay.my/go/yadim


Sumbangan secara one-off

InfaqPay Plus / FPX / One Time Payment -https://infaqpay.my/collection/yadim


#yadimpeduli 

#melestarigerakandakwah

#malaysiamadani

#PDN2024