[panas] ULARMAK PAS MASIH PERSOALKAN CUTI SABTU AHAD JOHOR! PAS TUNGGANG...


Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin tampil menjelaskan kekeliruan ramai mengenai cuti pada hari Jumaat yang dikaitkan dengan dasar Islam sebenar. Beliau menegaskan bahawa tiada dalam nas agama yang menyatakan hari Jumaat perlu cuti, bahkan katanya, hanya mereka yang “bankrap akal” sahaja tidak memahami perkara itu. Mohd Asri yang lebih dikenali sebagai Dr Maza berkata, dalam Al-Quran sama sekali tidak menyebut mengenai keperluan cuti pada hari Jumaat untuk membesarkan hari itu. Beliau turut menyebut firman Allah menerusi Surah Al-Jumuah yang menyeru menunaikan solat Jumaat dengan segera dan kembalilah bekerja apabila selesai solat. “Dasar Islam cuti hari Jumaat ini datang mai tang mana? Adakah Nabi pernah kata orang Islam cuti hari Jumaat? Quran kata apa… Wahai orang-orang yang beriman apabila diseru kepada sembahyang di hari Jumaat, bersegeralah mengingati Allah dan tinggalkan jual beli. “Kenapa Quran sebut jual beli kalau hari itu hari cuti? Maksudnya tak cuti lah. Selepas solat Jumaat carilah kurniaan Allah, pi buat kerja. “Sebab itu dalam mazhab Malik, makruh hari Jumaat tak buat aktiviti apa-apa. Tak ada mazhab yang kata hari Jumaat adalah hari cuti. “Tak ada nas agama kata hari Jumaat cuti melainkan orang-orang yang bankrap akal, dia tak boleh faham. (Dia anggap) kalau nak laksanakan Islam (mesti) cuti hari Jumaat,” katanya dalam satu video di Facebook miliknya baru-baru ini yang bertajuk ‘Betulkah Islam Suruh Cuti Hari Jumaat’. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan bila Perlis akan melaksanakan cuti Jumaat untuk melaksanakan dasar Islam. Dr Maza menambah, orang sebegini tidak pernah memikirkan tentang pentadbiran yang baik dan pengurusan yang bagus, sebaliknya hanya memikirkan berkenaan cuti barulah dikira membesarkan Islam. Beliau menekankan, semua orang yang bercuti pada hari Jumaat tidak pernah menyatakan ia untuk membesarkan hari Jumaat. Justeru beliau menasihatkan bahawa cuti pada hari apa-apa sekalipun adalah dibolehkan kerana pemilihan cuti ditentukan oleh pentadbiran. “Agama tak kata cuti hari Jumaat. Nas kata kerja hari Jumaat. Tapi kalau orang cuti juga hari Jumaat boleh tak? Boleh lah. Tak salah. Macam Arab dia cuti hari Jumaat, tak ada masalah apa. “Tetapi semua orang yang cuti pada Jumaat tidak pernah menyatakan kerana ingin membesarkan hari Jumaat. Agama tak ada membesarkan hari itu dengan cuti. Tak ada,” katanya lagi. Pada masa sama, Dr Maza berkata, jika ramai yang bercuti hari Jumaat, maka semakin ramailah yang bermusafir dan ramai juga yang terlepas solat kerana tertidur. “Saya nak cakap satu sahaja. Kalau cuti hari Jumaat, ramai akan bermusafir. Bila dia bermusafir, tak wajiblah dia sembahyang Jumaat. Tambah pula Perlis ni sempadan dengan Siam, dia pergi Siam. “Sunyilah masjid-masjid kita. Bagi negeri-negeri yang banyak kilang, ada pejabat, kerana hari Jumaat hari bekerja, orang yang malu akan mai sembahyang Jumaat. “Kalau hari Jumaat cuti, mungkin tidur di asrama,” ujarnya panjang. =============================================================================== OLEH AHMAD MURSI Hal seperti ini berlaku sepanjang sejarah. Bukan sahaja dalam Islam (seperti PAS), juga agama lain Christianity, Judaism (seperti Zionis). Pas kata nak tegak Islam, mungkin hasyrat tu suci, tapi banyak tindakannya tidak islamik dan berdosa. Maki hamun, cerai berai, putus persaudaraan, kafir mengkafir, buat dosa besar Qazaf, aib peribadi, label orang dengan nama binatang, dajal, munafik dll. Kalau bab fikh ibadah misalnya, boleh pula khilaf. Tapi bila bab siyasah, tak boleh khilaf langsung. Hitam atau putih. ‘PAS atau puak sekular’, ‘pihak Islam atau lawan Islam’. Kalau sokong parti tak ada label Islam, maka dikira sekular dan tak sokong Islam. Pas telah jadikan parti politik sebagai anutan agamanya. Sedangkan Islam adalah agama yang sentiasa betul. Individu Muslim yang mentafsirkan agama tu boleh jadi betul, boleh jadi salah. Kemudian, nak kuatkan naratif untuk paksa orang Islam sokong, dicipta isu akidah, sekular, ‘Islam Liberal’, isu agama, tujuan nak kafirkan lawan politik. Ini penyakit Khawarij. Ijtihad agamawan Pas semua dianggap betul dan tak boleh disangkal. Kritik tu dianggap dosa lawan Ulama dan lawan Islam. Tak ada Ulama besar yang sebenar-benar Ulama buat perangai macam tu. Bab siyasah hal ijtihadi ikut maslahah yang banyak tafsiran, bukan hal yang Qat’iy (tetap dan putus) seperti isu solat subuh dua rakaat, zohor empat.