TIDAK MUDAH DAPATKAN SOKONGAN DUA PERTIGA DI PARLIMEN TETAPI SAIFUDDIN NASUTION MAMPU LAKUKANNYA



Tiada undang-undang dan hukum yang sempurna di dunia ini kecuali datangnya dari Allah SWT.  Namun, sebagai manusia yang Allah pertanggungjawabkan sebagai khalifah di mukabumi ini, kita dituntut untuk melaksanakan sedaya upaya kebaikan dan 'Islah" apatah lagi sebagai pemegang kuasa pemerintahan.


Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Menteri KDN, YB Dato Seri Saifuddin Nasution Ismail yang telah berjaya mendapatkan sokongan lebih dua pertiga majoriti MP-MP di Parlimen semalam bagi meminda RUU Perlembagaan 2024 (Pindaan) berkaitan kewarganegaraan.  


Kelulusan RUU pindaan itu diumumkan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul selepas diadakan undian belah bahagian, dengan 206 Ahli Parlimen setuju, seorang tidak setuju, 14 tidak hadir, sementara seorang lagi tidak hadir kerana digantung.  Kejayaan gemilang ini tentunya bukan hasil penat lelah dan usaha menteri seorang, tetapi tentunya mendapat bantuan, kerjasama dan Komitmen semua pihak di dalam KDN dan pihak-pihak yang berkaitan dengan penyediaan RUU ini.


Rata-rata di media sosial nitizen mengucapkan tahniah kepada menteri KDN yang berjaya mengangkat imej KDN khususnya dan kerajaan perpaduan di bawah kepimpinan PMX, amnya.  Di tengah-tengah KDN diuji dengan berbagai tugasan yang mencabar, dengan isu-isu pendatang asing, isu GISB yang masih hangat diperkatakan, dan banyak lagi isu-isu yang sedang ditangani oleh pihak KDN, namun YB Dato Seri Saifuddin Nasution terus fokus dan komited untuk menjalankan amanahnya.  


Meskipun kita tahu sebelum ini KDN telah membuktikan bahawa kementerian tersebut berjaya menyelesaikan banyak kes  kewarganegaraan yang tertunggak puluhan tahun, namun kejayaan pindaan RUU semalam adalah kemuncak kepada usaha ihsan kerajaan perpaduan Malaysia Madani di dalam aspek kewarganegaraan.  YB Menteri dan seluruh warga KDN wajar diberi pujian.


Tahniah juga kepada semua MP yang menyokong pindaan ini.  Takziah kepada yang kaki ponteng semalam dan biarlah rakyat menilai prestasi kamu.  Sokongan dua pertiga yang dibuktikan semalam sekaligus membuktikan kerajaan perpaduan kini semakin kuat dan kukuh dan mendapat keyakinan tinggi dari MP-MP sendiri.


WFAUZDIN NS