RAYUAN SUMBANGAN BANTUAN KOS GUAMAN.





As salamu alaykum, dengan merendah diri aku Aman Muhammad ingin merayu sumbangan kewangan untuk menampung kos guaman kes rayuan di Mahkamah Tinggi.


Aku sangkakan ujian Tuhan ini sudah berakhir, tapi rupa-rupanya tidak. Tuhan masih mahu terus menguji aku.


Sebelum ini, pada 6 September 2024 yang lalu, Mahkamah telah memutuskan bahawa aku tidak bersalah, aku telah dilepaskan dan dibebaskan.


Namun semalam, seorang anggota polis telah datang ke rumah aku dan menyerahkan  satu notis dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, bahawa pihak pendakwaraya telah membuat rayuan dan aku perlu hadirkan diri sekali lagi ke Mahkamah Kuala Lumpur untuk proses ke seterusnya.


Sepanjang 3 tahun sejak 2021 aku terpaksa ulang alik ke Kuala Lumpur, telah memakan kos sehingga puluhan ribu ringgit demi menuntut secebis keadilan.


Apatah lagi kos guaman Mahkamah Tinggi nanti pasti lebih perit dan membebankan.


Aku hanya rakyat biasa, bukan ahli politik ataupun ulamak yang berpendapatan puluhan ribu ringgit setiap bulan.


Aku dituduh dan difitnah sebagai RBA mendapat bayaran dari DAP walhal satu sen pun aku tidak pernah terima. 


Aku pun tidak faham kenapa pendakwaraya bersungguh pula membuat rayuan kes aku ni, aku bukannya ahli politik atau influencer yang mampu menggugat ketenteraman negara.


Jesteru itu, aku merayu  bantuan sumbangan kewangan dari kawan-kawan netizen dan seluruh rakyat Malaysia untuk menampung kos guaman ini.


Untuk kos Mahkamah Tinggi ni, aku dinasihatkan agar bersedia dengan sekurang-kurangnya RM50,000.


Memang satu nilai yang sangat tinggi bagi marhaen seperti aku.


Tempoh perbicaraan pula paling minima setahun, paling lama entah berapa tahun. Terpaksa ulang-alik ke Kuala Lumpur sekali lagi.


Jadi, sekali lagi aku merendah diri merayu bantuan sumbangan kewangan dari semua rakan-rakan netizen dan seluruh rakyat Malaysia.


Semoga setiap bantuan kalian, aku mendoakan semoga Tuhan memudahkan urusan kalian sebagaimana kalian memudahkan urusan aku.


Aku berserah sepenuhnya kepada Tuhan untuk menempuh ujian ini sekali lagi.


Allahul musta'an.


Setiap sumbangan yang diberikan, aku dahului dengan jutaan terima kasih.


164481017727

MAYBANK

WAN MOHD AMAN


P/s: harap rakan-rakan juga sudi bantu dengan share/kongsi status ini.


:)