PAS JOHOR BIADAP KEPUTUSAN ISTANA JOHOR! KENA TAMPARAN HEBAT PEMANGKU SU...


Timbalan Pesuruhjaya Pas Johor, Dr Mohd Mazri Yahya mendakwa cuti hujung minggu pada Sabtu dan Ahad adalah peninggalan penjajah. Beliau selari dengan pendirian Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim yang tidak bersetuju cuti mingguan di Johor ditukar semula kepada Sabtu dan Ahad. =============================================================================== Menteri Besar Onn Hafiz Ghazi menggesa semua pihak berhenti membuat spekulasi, kenyataan dan menjadikan cuti hujung minggu di Johor sebagai bahan politik. Onn Hafiz berkata kerajaan negeri menjunjung titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim atas pengumuman penukaran cuti hujung minggu kepada Sabtu dan Ahad, bermula Januari depan. “Setiap keputusan yang diambil ini adalah yang terbaik untuk negeri dan rakyat Johor secara keseluruhan,” katanya dalam satu kenyataan di media sosialnya. Mengulas lanjut, Onn berkata negeri itu telah menerima nasihat daripada pihak berkuasa agama yang memberi jaminan tiada kompromi terhadap kesucian Islam apabila perubahan itu dilaksanakan tahun depan. ========================================================================== Pemimpin DAP Johor berkata penukaran hari cuti dari Jumaat kepada Ahad tidak akan menghakis keislaman sesebuah negeri. Naib Pengerusi DAP Johor Sheikh Umar Bahgarib Ali berkata demikian sebagai membidas PAS Johor yang menyifatkan penukaran hari cuti hujung minggu negeri itu dari Jumaat kepada Ahad bermula tahun depan sebagai mewarisi peninggalan penjajah. Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP itu berkata bukan segala perkara yang ditinggalkan oleh penjajah atau apa-apa juga pengamalan golongan terdahulu sebagai suatu yang tidak baik. "Jika alasan ini diguna pakai, adakah anda akan turut menyatakan bahawa sistem beraja di negara kita sebagai mewarisi peninggalan penjajah juga? "Bagaimana pula dengan amalan sistem demokrasi dan pilihan raya? Bagaimana dengan sistem parlimen? Tidakkah ini semua diwarisi penjajah?