NEGERI HANGPA LEKEH. APA PUN TAK DAK.. SAPA NAK MAI MELAWAT.. AYAQ PUN SAT ADA SAT TAK DAK..

Fathi Aris Omar

Bukan kapal peranglah, ngok! Yang jajah kau tu hutang ECRL, TikTok, Shopee, Waze, Hollywood, media sosial macam Facebook. Manipulasi halus data, info & algoritma itu penjajahan. Tu pun tak faham2. Selenge!


 Kenyataan media YB Wong Hon Wai, EXCO Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang pada 12-10-2024





1. Kenyataan pemimpin-pemimpin Perikatan Nasional berkenaan lawatan 2 kapal latihan dari China yang melabuh di Pelabuhan Pulau Pinang adalah saling berkontrakdisi memandangkan Pengerusi Kebangsaan Parti Gerakan, Dato Dominic Lau sendiri juga hadir pada majlis sambutan atas kapal tersebut.


2. Kunjungan silaturahim 2 kapal latihan dari China bersama pelajar dari Naval University of China ke Pelabuhan Pulau Pinang adalah mengikut saluran rasmi. Resident Naval Officer TLDM di Pulau Pinang turut hadir dalam kunjungan atas kapal pelatih tersebut bersama pemimpin dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebagai tetamu.


3. Dua kapal pelatih tersebut melabuh 3 hari dan telah beredar menuju ke Chittagong, Bangladesh.


4. Kunjungan pelatih-pelatih dari Naval University of China ke Sekolah Menengah Chung Ling Persendirian adalah atas hubungan pelajar ke pelajar di mana aktiviti bersukan dan kebudayaan dilangsungkan. Kunjungan tersebut diuruskan oleh Pejabat Consulate General China di Pulau Pinang.


5. Sekolah Menengah Chung Ling Persendirian mempunyai melebihi 1900 pelajar. Selain pelajar-pelajar Malaysia, seperti sekolah swasta lain juga mempunyai pelajar-pelajar dari Indonesia, Thailand, China dan negara-negara lain. 


6. Saya diberitahu oleh Guru Besar sekolah tersebut bahawa terdapat melebihi 30 pelajar dari negara China. Pelajar-pelajar tersebut  telah mengibarkan bendera negara mereka semasa sambutan dan pelajar-pelajar tempatan mengibarkan bendera Malaysia dan Negeri Pulau Pinang. 


7. Gambar yang disebar luas di media sosial hanya menunjukan pelajar berasal dari negara China mengibarkan bendera China dan sebenarnya terdapat gambar-gambar lain pelajar tempatan mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera Negeri Pulau Pinang 


8. Kapal-kapal Tentera Laut negara asing lain juga pernah berlabuh di Pelabuhan di Malaysia atas saluran rasmi dan mengikut protokol. 


9.  Sebagai misalan, pada 25-2-2019 dilaporkan di https://www.c7f.navy.mil/Media/News/Display/Article/1767089/sailors-marines-visit-sekolah-menengah-kebangsaan-high-school/


bahawa melebihi 20 anggota Marin Tentera Amerika Syarikat telah melawat Sekolah Menengah Kebangsaan Inanam di Kota Kinabalu, Sabah.  Mereka ialah dari USS Ashland (LSD 48) dan 31st Marine Expeditionary Unit (MEU) telah memasuki sekolah tersebut dan berinteraksi dengan pelajar-pelajar sekolah tersebut dengan aktiviti-aktiviti.


10. Salah sebuah kapal latihan China yang berkunjung ke Pulau Pinang, iaitu Kapal Latihan JinggangShan 999, pernah memainkan peranan penting dalam misi pencarian pesawat MH370 pada tahun 2014. Kapal ini telah bertolak dari pelabuhan Zhanjiang pada jam 3 pagi, 9 Mac 2014, menuju ke kawasan pencarian. Sepanjang 62 hari operasi pencarian, Kapal JinggangShan 999 telah menjelajah kawasan yang luas termasuk Teluk Thailand, Sumatera, dan kawasan barat daya serta barat laut Australia, dengan jarak pelayaran melebihi 31,000 kilometer.


11. Hubungan Malaysia dan China adalah baik dan pemimpin utama telah melawat antara satu sama lain.  Oleh itu lawatan silaturahim kapal pelatih bersama pelajar-pelajar Naval University of China hendaklah dilihat dari sudut positif.