CEDERA DILIBAS IKAN

 

MASJID TANAH - Lima anggota Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) cedera dilibas ikan arapaima gergasi ketika operasi tangkapan spesies invasif itu di sini pada Jumaat.



Operasi lebih tujuh jam bermula 9 pagi oleh sepasukan anggota DOF Melaka dengan kerjasama DOF Selangor itu berdepan kesulitan berikutan spesies itu yang bertindak agresif.


Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Adnan Hussain berkata, lima anggota berusia 35 hingga 59 tahun yang cedera telah dikejarkan ke Hospital Alor Gajah.


Katanya, dua anggota masing-masing mengalami sesak nafas dan bengkak di lutut akibat terkena libasan kepala ikan arapaima, manakala tiga lagi cedera ringan di lutut dan dada.