AKHIRNYA MOU ANTARA KERAJAAN DAN PEMBANGANG DI DEDAHKAN.

Najib Bakar












 Akhirnya cadangan MoU antara Kerajaan Malaysia dan Ahli Parlimen PN didedahkan oleh TPM2. Tapi kenapa Ahli Parlimen PN tolak?


Bila tengok MoU ni, tak ada apa-apa perkara yang mengikat kaki dan tangan mereka pun.


Takkan bila diminta dihentikan tuturan kebencian dan hasutan tentang 3R pun depa tak setuju?


Satu lagi bab isytihar harta, apa masalahnya?


Kerajaan pun nak commit, tengok di muka surat 5.


Pengiktirafan kepada Ahli Parlimen pembangkang yang menjalankan fungsi semak dan imbang, akan dapat layanan sama dengan Ahli Parlimen Kerajaan, selagi mana depa ikut 7 Prinsip Kehidupan Awam, di muka surat 9.


Jadi, memang bau ikan lah, sangat fishy kenapa depa tak boleh terima syarat-syarat ni.


Kan bagus kalau perbincangan di Dewan Rakyat adalah berfokuskan idea, tentang alternatif yang boleh dicadangkan untuk menyelesaikan sesuatu masalah, berbanding bergaduh perkara surface, main sentimen tak sudah-sudah?


*Ada 2 MoU, satu MoU antara Kerajaan Malaysia dan Ahli Parlimen pembangkang secara individu. Satu lagi antara Kerajaan Malaysia dan PN secara en bloc.


Syarat asas semua sama, ayat ditukar bab individu dan en bloc sahaja.



No comments: