KES FITNAH WAN PAISAL DI SAMAN PLEH YB RAFIZI RAMLI!!



Satu persatu sisi hitam Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) mula didedahkan berkait dengan eksploitasi kanak-kanak dan kegagalan membayar gaji para pekerjanya. Salah seorang bekas pekerja syarikat itu mendakwa tidak dibayar gaji sepanjang tempoh 10 tahun bekerja. Memetik laporan Buletin Utama, pekerja lelaki itu berkata ketika awal dia bekerja, dia dibayar sekitar RM80 hingga RM100 seminggu menggunakan satu sistem dari syarikat itu. Katanya, sekitar tahun 2014 dia mula bekerja sepenuh masa dan pada waktu itu juga tiada lagi gaji diberi. Sebaliknya hanya diberi makan dan minum percuma serta tempat tinggal “Itu yang saya ingatlah waktu itu, sampai 2013 macam tu. Lepas itu 2014, saya sudah mula bekerja sepenuh masa, tiada gaji. “Maknanya, dia cuma bagi makan minum dan tempat tinggal,” kata bekas pekerja itu. Selain itu dia juga mendakwa terdapat pekerja lain yang juga senasib dengannya sebelum akhirnya berhenti kerja dan membawa kesnya ke Mahkamah Buruh. Pada 8 September lalu, mahkamah memerintahkan GISBH membayar RM23,100 sebagai sebahagian daripada tuntutan kes. Untuk rekod, syarikat itu kini berdepan pelbagai dakwaan penganiayaan kanak-kanak dan mengeksploitasi mereka sebagai pekerja